Malu Ketiak Hitam? Ini Tabiat Yang Kena Korang Tinggalkan
Walaupun ketiak wanita terutamanya yang bertudung merupakan kawasan yang terlindung, masih ramai sebenarnya yang insecure bila ketiak dorang hitam. Sampaikan boleh jadi punca tahap konfiden diri tu rendah.
Ketiak hitam ni bukanlah bawa maksud tuju dekat warna kulit seseorang tu tapi lebih kepada ketiak yang berdaki, nampak macam kotor dan berkerak.
Kalau korang nak tahu, ada beberapa tabiat yang boleh sebabkan ketiak korang hitam, da n kalau korang nak ketiak korang putih atau lebih cerah, ini yang kena korang buat.
1. Amalkan cara cukur yang betul. Kalau korang main cukur je asal bulu ketiak hilang, memang tak dapeklah sis nak menolong. Cari alat pencukur yang sesuai dengan kulit ketiak korang supaya tak berlakunya keradangan.
2. Korang tahu tak, pakai pakaian ketat pun puca ketiak hitam. Sebab bila kawasan ketiak ‘tak boleh bernafas’ ia akan sebabkan berpeluh. Bila berpeluh akan berkumpullah bakteria yang boleh sebabkan bau ketiak jadi busuk dan berdaki.
3. Korang bersihkan tak bahagian bawah ketiak korang? Ke cukup sekadar dengan mandi gosok biasa tu je? Jangan tak tahu, korang kena cuci ketiak ni dengan lembut. Contohnya macam sis selalu cuci ketiak sis guna cotton pad yang dah dibasahkan dengan make up remover.
Hasil dia memang habis tertanggal daki-daki yang ada tu. Kalau guna cara ni, kulit mati dan kotoran yang ada dekat ketiak korang tadi akan tertanggallah.
4. Guna deodorant yang sesuai. Kalau kulit korang jenis tak tahan dengan deodorant, korang boleh cuba cari bedak baby dan pakaikan dekat ketiak.
5. Yang penting korang kena tahu, kadang-kadang ketiak hitam ni berlaku sebab hormone jugak. Bila hormone tak stabil, ketiak akan jadi gelap sebab selalu berpeluh. Atau boleh juga berlakunya gangguan pada pigmentasi kulit yang mana tanda-tanda awal kondisi ni ialah kulit warna lebih gelap dan kasar.
Jadi lepas ni kalau korang insecure sangat sebab ketiak korang warna hitam, bacalah balik tips yang sis share ni dan amalkan