Wahhh Kayuh-Kayuh Jatuh Cinta
Lepas kerajaan umum jer rakyat boleh rentas negeri, Sis Fell apa lagi terus plan nak balik rumah parents. Lama woo tak balik ke pangkuan keluarga. Hihihi. Dah alang-alang tuu, cari juga lah tempat-tempat yang curlas kat Kuantan ni. Tetiba terjumpa ada port aktiviti baru buka kat sini. Laju jer lah ajak adik pergi memeriahkan suasana.
So Fun Boat Taman Bandar ni baru jer beroperasi 2 bulan. Memang belum viral lagi lah. Sempat lah sis pulun rasa semua kan. Yang bestnya tak ramai pun masa sis Fell pergi. Aman jer mengayuh sambil layan perasaan. Tips dia, datang awal. Petang memang ramai yolls. Apa-apa pun kena pakai life jacket, takut gak lah kalau terjatuh. Dah lah ada biawak. Aaa sis taccodt!
Harga dia pula sumpah murah weh. 2 3 kali juga sis confirm dengan akak kaunter tuu. RM10 satu paddle bot, boleh naik 2 orang selama 20 minit. Murah kan? Kalau nak puas, boleh lah bayar untuk 40 minit pula. Hihihi. Ada airboat juga, yang tuu dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Dia bawa pusing satu tasik tuu. Ni best lah kalau lepas penat kayuh, sejukkan muka balik.
Bukan sis Fell lah kalau tak bergambar kan? So ni ada lah juga struggle nak ambil gambar masa mengayuh paddle boat tu. Risau phone jer lah takut terjatuh kan? Tapi demi gambar, sanggup! Dah puas hati main bot tuu of course lah sis pergi ber-OOTD kat area Taman Bandar tuu.
So, Santai Mana? Santai Sini lah kat Fun Boat Taman Bandar Kuantan. Santai gila layan perasaan kat sini dengan angin sepoi-sepoi dan kehijauan alam semulajadi. Kalau pergi tengah lighting on point lagi best. Gambar letopz! Haa kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.