Nak Warnakan Rambut Tapi Risau? Ini Yang Kena Korang Tahu
Selalu tengok orang yang kejap kejap tukar warna rambut dia tak? Dan masa korang tengok tu pernah terfikir tak untuk teringin buat benda yang sama tapi sebab risau, hasrat tu didiamkan je.
Sebenarnya sebelum nak warnakan rambut, korang kena tahu beberapa benda supaya rambut tak rosak.
1. Kenal pasti masalah rambut
Korang kena kenal pasti dulu masalah rambut apa yang korang ada. Contohnya rambut kering ke, kulit kepala berminyak ke atau pun masalah kelemumur. Lepas korang dah identify apa masalah rambut korang, bolehlah tahu sesuai ke tak bahan dalam pewarna rambut tu untuk korang.
Kalau korang main taram je guna apa yang ada, tak mustahil nanti masalah tu akan jadi lagi teruk lepas tu.
2. Syampu khas
Untuk elak masalah bila warnakan rambut, korang kena tahu nak pakai syampu apa untuk elakkan warna tu cepat luntur. nampak remeh, tapi ini kena korang tekankan supaya nanti kalau hujan tak adalah dan dan tu jugak warna rambut korang tu turun.
Tak pun sekejap jelah warna tu melekat dekat rambut korang.
3. Bahan kandungan pewarna
benda yang paling penting kena korang tengok dalam pewarna rambut ialah bahan kandungan dia. Nak selamat pilihlah yang ada bahan-bahan natural contohnya macam minyak zaitun yang terbukti berkesan melembapkan rambut.
Bahan kimia tu memang tak boleh lari kalau nak warnakan rambut, tapi kalau terlebih digunakan habis rosak rambut korang. Dua bahan yang kena korang elak ialah SLES dan PARABEN.
Kredit gambar utama: Beauty Journal