Nak Kurus Tapi Tak Nak Lapar? Jom Cuba Diet Kalori
Masalah overweight memang mengganggu betul kalau nak buat aktiviti seharian. Nak diet tapi sayangnya makanan dekat Malaysia ni semuanya sedap-sedap. Ah! Kalau macam tu bilanya boleh kurus kan?
Jadi hari ni Zee nak share sikit pasal satu diet ni iaitu diet kalori. Memang senang dan mudah sangat kalau korang nak kurus dalam masa sebulan. Ada orang Zee baca dia pernah turun sampai 16kg sebulan bila gunakan diet kalori. Hebat kan?
Dalam diet kalori ni ada beberapa rules penting yang kena korang ikut.
1. Jangan skip sarapan
Kalau nak tahu, sarapan ni mencetus metabolism harian korang. Tapi kenalah kawal pengambilannya. Jangan pula bila Zee kata jangan skip sarapan, korang pergi tibia makan roti canai kombo dengan nasi lemak pulak.
Kawaln input kalori. Yang paling baik untuk sarapan kalau guna diet kalori ni – 2 biji telur separuh masak dengan roti bakar. Tak pun capati. Roti canai dengan nasi lemak tu pilihan terakhir.
2. Jangan makan malam
Ini yang susah jugak ni. Bagi yang tak ada ilmu mesti cakap malam tu masa paling best nak makan. Dia punya nikmat susah nak cakap. Haaa, tu yang perut pun ke depan.
Waktu malam ni metabolism rendah. Nak makan malam boleh tapi korang kena kudap-kudap buah je. Kalau nak makan berat tu pastikan ambil sebelum 7pm. Paling lewat 8pm. So nanti bila nak tidur, at least makanan korang yang dalam perut tadi tu dah tercerna.
3. Air manis
Kawal makan, tapi tiap hari pekena teh ais kaw. Manalah diet korang tu tak hancur. Korang kena tahu setiap intake 1g gula yang korang ambik sama dengan 4g kalori tau. Bila kalori ni tak terbakar, memang berat badan korang naiklah. Bila dah naik susah nak turun – gulalah puncanya.
4. Senaman
Ini memang korang tak boleh tinggal. Nak berat lagi cepat turun korang buatlah senaman yang hardcore. Kalau tak mampu sebab busy ke, korang buatlah zumba atau tabata. Dalam seminggu tu paling kurang buat 2-3 kali senaman yang heavy sikit. Skipping pun okey.
5. Kira kalori
Nak lagi senang, korang install je app yang boleh kirakan berapa intake kalori. Masuk je data semua, app tu bukan je akan kira intake kalori korang tapi juga berapa banyak yang korang kena bakar.
6. NO fast food
Memang McD, KFC bagai tu sedap. Tapi nak kurus, hati kena kental beb. Tak kental tak jadi. Nak kurus ikutlah rules ni. Kalau korang senaman, tapi still makan fast food macam esok dah tak ada… Bai bai la untuk impian kurus.
Kalau korang betul-betul follow rules ni, Zee boleh jamin yang korang boleh turn lebih dari 5kg dalam masa sebulan.
Jangan diet sampai stress tau. Diet dengan happy, barulah enjoyyy~~