Produk Tak Berdaftar, Syarikat Kosmetik Popular Didakwa Di Mahkamah
Syarikat kosmetik tempatan yang bukan sahaja menawarkan produk kosmetik tetapi juga produk kesihatan diri, Almas Beauty & Health Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas kesalahan memiliki produk tidak berdaftar.
Menurut Harian Metro, hasil pemeriksaan sekumpulan penguatkuasa KKM di Bukit Beruntung mendapati ada produk yang tidak berdaftar dan sebanyak 81 kotak telah dirampas.
Tapi Pengarah Urusan, Datuk Hassanal Bolkiah Abd Wahab mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Kata Datuk Hassanal, sebelum ini produk tersebut dah dapat pendaftaran daripada KKM tetapi ditarik balik dengan alasan ada dakwaan pada kotak yang dilarang. Tapi pihak mereka tak terima surat yang memberitahu mengenai penarikan tersebut.
Kalau tuduhan yang dikemukakan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952, pihak syarikat boleh didenda sehingga RM50,000 dan RM100,000 untuk kesalahan seterusnya jika disabit kesalahan.
Buat korang yang masih tertanya-tanya macam mana nak semak produk kalau produk tu ada ke tak kelulusan dari KKM, korang boleh just pergi je dekat website NPRA ni dan masukkan maklumat produk.
Kalau dekat kawasan hasil carian tu ada produk yang korang nak tu, maknanya produk tu memang selamat untuk diconsume. Contoh:
Kalau tak ada, korang boleh semak dengan penjual dan tanya kenapa produk dorang tak tersenarai. Dan kalau korang still rasa ragu-ragu, korang boleh je buat aduah dekat bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sama ada melalui telefon atau pun emel untuk siasatan lanjut.
Korang juga mungkin minat nak baca: Siap Guna Mixer, Wanita Vietnam Buat Krim Timbang Kilo Macam Buat ABC