Perbezaan body mist & perfume
So kalau kita tengok dari luaran dan fungsi tu Nina memang tak nafikan dua benda ni memang sama. Kita pun macam tak kisah pun dia berbeza atau tak pun kan? Janji sembur kat badan wangi. Tapi kalau tahu perbezaan lagi bagus, nanti boleh dapatkan kesan yang lebih efektif gitchu.
So body mist ni kalau tak silap Nina dia macam lotion tapi versi cecair. Haaaaaa terkejut kan? Same do! Nina pun baru tahu tau! So body mist ni macam fungsi dia untuk bagi kesegaran dekat skin kite jer, and pati dalam body mist ni pun 3% jerrr. So no wonder la body mist ni bau dia tahan kejap jer.
Perfume pulak macam yang korang tahu la kan, untuk mewangikan badan korang. Sebab tu ler perfume lagi mahal sebab bau dia akan melekat dekat kita dalam masa yang lama. Dan kalau perasan perfume bau dia kuat gila berbanding body mist ni.
So dah tau ni jangan la sembur perfume tu macam pakai body mist. Kang orang lain dengan you sendiri lemas dengan bau you yang wangi sangat. Body mist tu pulak bukan bertujuan untuk mewangikan tau! Karang pokai duit you all sebab kena sembur je tiap masa , body mist memang tak lama bau dia!
So suggestion Nina beli jelah dua dua, hhhahaha body mist tu untuk kesegaran kulit perfume pulak supaya badan you bau syurga gituuu.