Kawan first family second ??
Perasan tak kadang-kadang kita rasa kita lebih selesa dan rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri? Bila melibatkan masalah peribadi kita lebih senang refer kat kawan-kawan baik kita dari family kita sendiri. Normal ke benda ni?
Benda ni bagi Nina perkara biasa. Sebab jiwa remaja kita yang bergelora ni hanya kawan-kawan sebaya kita je faham. Dan ujian yang kita tempuh ni sama dengan kawan-kawan umur sebaya. Kita ni tendency untuk cerita hal peribadi contohnya kalau Nina pasal period, pasal pakaian dalam dan macam macam lagi dengan kawan-kawan rapat berbanding ibu dan adik-beradik. Mungkin sebab faktor malu dengan ibu dan adik-adik. Jadi kita lebih selesa untuk berbincang dengan kawan-kawan.
Nina pun rasa kita lebihkan kawan sometimes more than family sebab kawan-kawan kita mungkin sekepala dengan kita. Kawan-kawan kita akan dengar cerita kita, ketawa dengan kita dan lain-lain lagi dengan kita. Kebanyakkan masa pun akan habiskan dengan member rapat. Even dalam telefon pun kita akan cari kawan-kawan jugak.
Cabaran yang kita lalui sebagai remaja zaman sekarang tak sama dengan ibu bapak kita dulu. Mungkin sebab tu kita rasa macam parents kita takkan faham apa yang kita lalui. Biasa nya mak bapak kita akan bandingkan kehidupan diaorang di masa lampau. Itu yang buatkan kita rasa cam ‘parents tak paham kita’. Tapi apa apa pun mestilah family kita keutamaan kita. But in terms of selesa kita lebih selesa dengan member baik kita.