Cantiknya! Kejelitaan Lelaki Ni Buatkan Ramai Confuse Jantinanya
Kalau perempuan cantik tu benda biasa, macam mana pulak dengan lelaki cantik?
Biasanya dikaitkan dengan benda-benda maskulin, seorang lelaki berjaya pikat hati netizen bila semua ciri kecantikan yang perempuan nak ada pada dia.
Satu video ni jadi viral bila seorang lelaki yang memujuk ‘wanita’ tersebut sambil-sambil sentuh leher dan bahu si kawan tu.
Mana taknya orang ingat perempuan sebab kulitnya halus mulus, cerah dan pakai rantai. Sekali bila bersuara, hambik kau keluar suara jantannya.
Walaupun dah keluar suara jantan, masih ramailah yang tertanya-tanya ‘eh betul ke tu lelaki’. Ya girls, tu lelaki. Tapi cantik mengalah kita yang perempuan ni hah.
Dulu pun pernah viral pasal lelaki cantik ni tapi versi orang Malaysia iaitu Abdussalam Firdaus. Dia punya cantik sampai polis pun konfius sampaikan terpaksa tunjuk IC.
Masa tu adalah yang sarankan supaya Abdussalam supaya simpan janggut dengan misai, tetapi katanya dah cuba tapi bila tumbuh dah macam ikan keli rupanya.
Agaknya apalah rutin skincare dorang ni kan sampai boleh cantik halus mulus macam tu? Teringin jugak Zee nak tahu.
Korang mungkin juga berminat nak baca:
3 Bahan Dapur Rahsia Flawless Macam Artis Korea