Sanggup Beratur Panjang Demi Secebis Hot ‘Mango Cheese Cake’ Di Kuantan
Bila dah terlalu bosan kat rumah, mula lah gatal kaki rasa nak keluar. Tapi dalam kepala ni tak tahu nak pergi. Fikir punya fikir, Sis Fell terfikir nak pergi tempat yang cantik dan ada dessert. Jeng jeng jeng terus dapat idea nak pergi Kula Cakes, Kuantan!
Kat sini serious cakap kalau weekend memang full house babe! So kena plan betul-betul. Nasib baik masa sis pergi ni time sis cuti. Memang aman weh lepak. Tempat dia pun cantik, dia guna tumbuh-tumbuhan yang menjalar. Nampak macam hutan rimba sikit lah tapi cool! Sis suka.
Haaa apa sebab orang selalu beratur kat sini? Orang sanggup weh beratur panjang-panjang sebab suka sangat dia punya signature dessert iaitu Mango Cheese Cake. Tapi tak payah risau, ramai macam mana pun, stok Mango Cheese Cake confirm ada. Sedap! Tapi sebab sis orang kuantan, saja lah try kek lain. Pun sedap jugaaaaa!
Tak sah kalau tak bergambar. So macam biasa sis selit sikit beberapa OOTD kat sini. Kalau pergi waktu golden hour, perghhh meletop gambar weh. Sunkissed gituu chuolls!
So, Santai Mana? Santai Sini lah kat Kula Cakes Kuantan. Santai gila weh lepak kat sini. Dengan hijau hijau sana sini. Memang tenang. Haa kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.