Ada Pipi Paling Besar Di Dunia, Tapi Wanita Ni Tetap Rasa Ia Kecil
Wanita dan kecantikan adalah dua perkara yang memang tak dapat dipisahkan & definisi kecantikan sangat abstrak. Kalau seorang pandang sesuatu tu dan merasakan ianya cantik, tak semestinya semua pun berpendapat yang sama.
Macam yang berlaku pada seorang model Ukraine, Anastashia, 39 tahun yang boleh dikatakan obsess untuk menjadikan pipinya lebih besar biarpun beliau dah pun menjadi pemilik pipi paling besar di dunia!
Lepas dah habiskan kira-kira 1,500 Euro (RM8,000) untuk pembedahan membesarkan pipi, beliau tetap tak puas.
Kalau sebelum ini Anastashia berimej rambut kerinting dan mempunyai bentuk muka bujur, lepas je dapat first job terus dia tukar imej kepada rambut merah jambu dan membesarkan pipinya.
Mengakui kerap melakukan suntikan di mukanya secara berkala, Anastashia seakan obses dengan imej barunya. Walaupun ada yang pandang beliau dengan pandangan pelik, Anastashia tetap tak kisah sebab dia seakan jatuh cinta dengan perubahannya.
Malah beliau sudah pun merancang akan melakukan pembedahan membesarkan payu dara dan beberapa bahagian badan yang lain.
Pandangan Zee, ikutlah apa pun dia nak buat selagi dia happy itu bukan masalah orang lain untuk sibuk fikirkannya. Tapi Anastashia mungkin perlu berhenti daripada tabiatnya kalau benda tu menyebabkan kesihatan beliau terjejas.
Macam yang jadi dekat Malaysia baru-baru ni. Korang boleh baca dekat sini: Nak Lengan Kecil Punya Pasal, Model Maut Lepas Jalani Prosedur Sedut Lemak
Zee ada baca, biasanya orang yang suka buat plastic surgery untuk ubah imej mereka dipanggil sebagai body dysmorphic disorder.