Girls dan PKPB ??
Biasanya perempuan mesti nak hang out dengan kawan baik, pergi shopping, pergi makan tempat ootd best, serbu sale dan macam macam lagi kan? But suddenly kena lockdown ! Sedihnyaa rasa. Mula-mula tu Nina rasa macam stress sangat sebab taktahu nak buat apa dekat rumah berbulan-bulan. Tapi lama lama Nina dah boleh adapt dengan suasana kat rumah and buat beberapa aktiviti yang best kat rumah! Lagi lagi time pkpb ni hihi
Memasak
Nina try to look at positive side, where dekat rumah Nina boleh spend time dengan siblings and family. Nina bukan la seorang yang suka masak, so bila duduk rumah lama sangat Nina and siblings tried to baked, masak makanan western dan macam-macam. Mungkin sebab masa pkpb semua orang pun bosan kat rumah, so terhasil lah makanan-makanan yang macam-macam. Best gila sebab dapat makan lepastu boleh bonding time dengan family!
Shopping
Shopping dan perempuan, kita ni macam isi dan kuku. Tak boleh dipisahkan! So Nina ambil inisiatif untuk shopping online. Best sangat online shopping ni sebab sambil baring-baring tu boleh beli macam-macam barang. Tak payah penat-penat jalan. Masa pkp haritu ada la seminggu tu sampai 7-10 parcel. Tambah pulak apps macam zalora, lazada, shopee and macam-macam lagi asyik buat sale. I memang duduk rumah habiskan duit je
Layan Netflix
Lepas shopping tu, kalau penat Nina memang akan layan Netflix. Best gila, bagi Nina tengok Netflix ni ME TIME untuk Nina. Banyak movies banyak drama korea and anime jugak! Nina layan anime sekali tau. So bayangkan berapa banyak drama, series and anime yang Nina tengok sepanjang pkp. Best gila gila duduk dalam bilik, buat air nescafe, bukak aircond lepastu bergulung dalam selimut.
Makeover
But before kita nak bernetflix mesti lah nak dalam bilik yang selesa. Tetiba masa pkp haritu ada trend semua orang nak makeover bilik. Nina pun apa lagi, mestilah ikutn trend ni sekali. Nina beli lampu fairylights, print gambar, beli barang-barang ikea untuk cantikkan bilik. Bila bilik dah cantik kita sendiri pun happy tau nak duduk dalam bilik tu, lagi pulak kena terkurung dalam tu dalam tempoh yang lama.
Hobi baru
Last sekali, Nina cari hobi baru. Nina beli Kalimba (alat muzik) tau haritu. Duk tengok orang main macam best je. Lepastu Nina beli jugak knitting set, painting set siap beli board games! Punya la bosan kat rumah kan. Benda yang tak pernah minat nak buat tiba-tiba rajin je nak buat. Tapi serius best tau try macam macam benda baru.