Tengok Personaliti Jugak, Tahu 3 Tips Pilih Perfume Supaya Bau Tahan Lama
Walaupun perfume adalah benda basic, tapi ramai yang masih tak tahu cara pilih perfume yang kena dengan personaliti dorang. Ya, girls. Nak pilih perfume pun korang kena based on personality supaya ianya tak jadi macam satu yang over.
Perfume ni ada 5 jenis iaitu:
- EDP (Eau de parfum) – kadar kepekatan 10-20% dan mampu tahan sampai 5 jam
- EDT (Eau de toilette) – lebih ringan, kepekatan 4-15%, alkohol lebih banyak dari air, tak tahan lama, biasa dalam bentuk spray dan untuk lelaki
- EDC (Eau de cologne) – kepekatan 2-5%, bau lebih ringan dan segar
- EDF (Eau de fraiche) – kepekatan paling rendah, memang murah berbanding yang lain
- Perfume/Parfum – pekat paling tinggi, memang mahal gila sebab boleh tahan sampai 12 jam
Lepas dah tahu perfume jenis mana yang korang nak, korang kena buat beberapa proses lagi supaya dapat pastikan yang perfume tu sesuai dengan personaliti korang.
- Sembur pada kulit dan bukannya baju, sebab bila disembur pada tempat berlainan aroma dia jadi lain tau.
- Kalau masa first korang bau tu korang dah suka, haa terus jelah ambil. Tak perlu fikir banyak kali dah.
- Korang kena tengok juga korang nak pakai bila perfume tu. Kalau nak pakai masa bersukan, korang kena carilah yang bau dia pekat sikit supaya nanti tak ditenggelamkan dengan bau peluh.
Nak perfume tahan lama, korang boleh cuba beberapa cara, antaranya:
- Campurkan dengan lotion yang odourless
- Sembur pada bahagian nadi – pergelangan tangan, belakang telinga, leher, siku dan belakang lutut
- Tak perlu pun gosok perfume lepas sembur sebab nanti molekul ‘bau’ akan rosak
- Sembur dulu dekat sikat sebelum sikat rambut
- Jangan sembur lebih-lebih, cukup sekadar ada bau
- Simpan perfume dekat tempat betul – kering dan sejuk
- Pakai lepas mandi
- Upgrade terus pilih EDP
Mudah je kan? Jadi lepas ni tak payah risau masalah perfume tak tahan lama kalau korang guna cara ni.
Selamat mencuba!
Korang juga mungkin berminat nak baca:
5 recommended perfume untuk wanita 20-an