Kenapa Ada Wanita Suka Suami Orang? Ini Sebabnya
Istilah sondol menyondol memang femes dalam kalangan wanita buat mereka yang merampas suami orang. Sekarang ni Zee tak tahu kenapa macam ada satu trend yang mana wanita sekarang sukakan suami orang.
Memang jodoh tak boleh ditolak. Tapi ada yang secara terang bagitahu mereka sukakan suami orang dan memang berangan nak suami orang!
Buat yang pelik, ada beberapa sebab kepada ada wanita yang lebih suka pilih suami orang daripada lelaki bujang.
- Suami orang lebih matang daripada lelaki bujang kerana sudah berpengalaman dalam kehidupan. Bak kata orang dulu, lebih makan garam.
- Kewangan sudah stabil. Zee tak cakap semua, cumanya ada yang memilih jalan selamat kerana suami orang kebiasaannya sudah memiliki ekonomi yang stabil. Terutamanya kalau yang berusia 40 tahun ke atas. Kerjaya sudah stabil berbanding lelaki bujang muda yang masih lagi mencari career path dorang.
- Sifat yang membahagiakan. Suami orang ni dia dah tahu trik perempuan contohnya kalau perempuan merajuk, dia kena buat apa supaya merajuk tu hilang. Ada juga yang tertarik sebab di media sosial, suami orang itu sentiasa membahagiakan diri isterinya. Kerana cemburu dan nak dapat layanan yang sama, dia akan cuba dapatkan suami orang tu.
Bagi Zee, kita memang tak boleh nak menolak siapa jodoh kita. Tapi sebaiknya pilihlah yang bujang supaya tiada yang tersakiti dengan jalan yang kita pilih.
Kalau ada yang sudah terjerat, cubalah hentikan seawalnya supaya tiada yang terluka kalau korang teruskan. Tak indah pun hidup dengan menyakiti orang lain.
Buat tindakan matang sekiranya benar korang sayangkan suami orang tu. Confront isterinya dan terangkan status anda dan suaminya. Yakinkan isterinya anda boleh menjadi madu yang baik.
Semoga yang baik-baik je Zee doakan buat korang.
Kredit gambar utama: The Daily Beast