5 Makanan Rawat Masalah Rambut Gugur
Masalah rambut gugur memang biasa tapi agak memalukan. Biasanya jadi disebabkan stress, rawatan rambut yang tidak sesuai dan gangguan hormon, ada sebab-sebab lain yang boleh pengaruhi masalah ni berlaku.
Sebabkan masalah ni common dalam kalangan perempuan, hari ni Zee nak share sikit apa yang boleh korang makan untuk kurangkan masalah rambut gugur.
1. Bayam
Bayam kaya dengan zat besi, vit A, folat dan sebagainya mampu menjaga rambut supaya kekal kuat dan sihat. Vit A dalam bayam mampu bantu kelenjar menghasilkan sebum yang membantu untuk lembapkan kulit kepala.
2. Oat
Selain daripada untuk diet, korang tahu tak sebenarnya oat mampu baiki masalah rambut gugur dengan kandungan serat gandum yang dimilikinya? Sambil dapat rawat masalah rambut gugur, boleh juga kuruskan badan girls!
3. Daging ayam
Daging ayam yang kaya dengan asid arakidonat ni boleh rangsang rambut untuk tumbuh dengan lebih tebal dan cantik. Nak rambut tebal & cantik, banyakkan ambil daging ayam. ;p
4. Seafood
Kalau korang perasan, seafood lover ni rambut dorang jarang ada masalah rambut gugur. Sebabnya makanan laut macam udang dan kerang ni pun sama membantu rangsang pertumbuhan rambut sebab kaya dengan vit B, zat besi dan vit D.
5. Minyak omega
Minyak omega bukan je elok untuk hati dan otak kita, tapi juga untuk masalah yang satu ini. Kalau rasa tak lalu nak telan minyak mega macam tu, korang boleh makan ikan salmon, sebab ikan salmon memang kaya dengan omega-3.
Menurut kajian, kalau korang ambil minyak omega setiap hari, dalam masa beberapa minggu korang akan nampak kesan pada bilangan rambut. Makin lebat dan menawan!
Rambut ni memang mahkota orang perempuan, tak kisahlah yang berhijab atau pun tak semuanya nak kan rambut yang sihat supaya kekal yakin untuk buat aktiviti seharian.
Yelah siapa je tak stress kalau asal sikat rambut je, selambak dia gugur kan? lama-lama boleh jadi botak.
Korang yang ada masalah rambut gugur ni, cuba try test tips yang Zee bagi ni. InshaAllah kalau amal hari-hari selain daripada jaga rutin rambut korang tu mesti rambut korang makin lebat.
Selamat mencuba!