Siap Guna Mixer, Wanita Vietnam Buat Krim Timbang Kilo Macam Buat ABC
Produk timbang kilo memang femes betul dulu. Sampaikan Zee rasa satu tahap tu sampaikan hampir semua yang Zee rapat, akan sarankan produk timbang kilo yang dorang gunakan. Sebabnya guna 3 hari je kulit dah macam telur ayam licinnya.
Baru-baru ni viral beberapa video yang tunjukkan macam mana produk timbang kilo ni dihasilkan.
Kalau korang tengok gaya dia buat macam buat ABC je weh, siap guna mixer tau.
Rileks je macam buat kuih untuk meniaga.
Zee tak tahulah korang perasan ke tak, mostly yang Zee tengok produk ni datangnya dari Vietnam.
Nak kenal produk timbang kilo ni senang je:
- Ada krim siang malam
- Packaging memang jenis murah je
- Warna krim lebih kurang sama
- Kesan boleh nampak dalam masa 3 hari
- Bila stop pakai, jerawat naik beranak-anak atas muka
Nak elak terbeli produk timbang kilo ni senang je, korang pergi jelah drugstore, confirm selamat. Sebab yang nak masuk produk drugstore ni dorang akan check betul-betul dia punya kualiti dan kelulusan.
Tak pun korang semak dulu dekat page KKM, lepas tu pilih korang nak search by kategori apa dan masukkan maklumat yang diperlukan.
Kalau korang dah terpakai produk ni, cepat-cepatlah jumpa doktor dan dapatkan rawatan. Kalau biar lama-lama risau makin teruk jadinya nanti sebab bahan yang ada dalam produk timbang kilo ni mampu buatkan kulit korang jadi nipis.