Mandi Lepas Makan Punca Perut Buncit? Ini 3 Mitos Tak Masuk Akal Yang Korang Kena Tahu
Selalu kita dengar orang cakap kalau mandi lepas makan perut akan jadi buncit. Tak pun kalau makan bersulam air.
Betul ke? Selalunya kalau Zee, makan bersulam air ni sebab tak tahan dengan rasa makanan contohnya macam pedas sangat ke, atau masin.
Ada juga yang cakap, minum air kosong berais pun jadi punca lemak membeku sebab sejuk? Yek yek je korang ni. Meh sini Zee nak share sikit pasal mitos-mitos perut buncit yang selalu korang dengar.
1. Makan bersulam air
Makan bersulam air tak ada kena mengena pun dengan perut buncit. Mungkin orang dulu larang kita buat macam tu sebab tak nak makanan yang dalam pinggan kita tu tak habis. Kalau tak habis kan dah membazir namanya.
Kalau betul pun makan bersulam air boleh membuncitkan, tu sekejap je. Bila air dah diserap ke proses pencernaan makanan, dah tak adalah air yang membuncitkan tadi.
2. Minum air berais
Bagi Zee, air sejuk kalau dapat masa betul-betul dahaga memang nikmat habis. Tapi ini memang pantang larang mak mak kita. Katanya orang perempuan tak elok minum air ais sebab boleh bekukan lemak.
Sedangkan bila air sejuk dah masuk dalam badan kita, secara automatik dia akan bertukar suhu ikut suhu badan.
3. Mandi lepas makan
Ini paling Zee suka. Memang lepas dah makan kalau terus mandi, dia punya segar tu tak boleh bawa bincang. Tapi mak Zee tak bagi, katanya boleh jadi buncit.
Ini semua mitos okey! Sistem pencernaan tak terganggu pun kalau korang mandi lepas makan. Dia tetap akan memproses makanan korang tu tak kiralah korang tengah buat apa pun.
Bagi orang dulu, kalau nak makan kenalah bersihkan diri dulu. Nak makan kena wangi wangi sebab macam salah satu adab makan, terutamanya untuk perempuan. Agaknya sebab itulah dorang buat rules macam tu. Nak takutkan orang, dia kata kalau mandi lepas makan perut jadi buncit. Yang takut jadi buncit pun akan mandi dulu baru makan.
Pencernaan
Korang kena tahu ada beberapa sebab yang jadikan perut buncit:
- Angin
- Masalah berat badan yang semakin naik
- Perubahan hormon
Jadi kalau mak mak korang masih berpegang pada mitos ni, mungkin korang boleh tolong terangkan kat dorang yang semua tu mitos je. Tapi kalau mak korang masih lagi percaya dengannya, ikutkan jelah selagi tak datangkan keburukan pada korang. Dengar cakap mak tu kan dapat pahala. Heeheh.
Tapi ingat, perut buncit bukan tanda korang bahagia tau, tapi tanda awal kepada pelbagai penyakit.
Nanti Zee nak sharing pasal kategori perut buncit yang selalu perempuan alami pulak dekat korang. Jadi jangan lupa stay tuned dan follow FB Page Santai Sini tau untuk dapatkan info menarik pasal kecantikan.