Remaja Dibelasah Wanita Hanya Kerana Berang Dipanggil ‘Mak Cik’
Kalau dekat negara Asia, gelaran keluarga merupakan benda biasa untuk tunjukkan rasa hormat. Sebagai contoh, untuk wanita yang lebih berusia, ratanya-ratanya akan dipanggil kakak atau mak cik bergantung kepada jarak usia mereka dengan si pemanggil.
Tapi tak semua orang suka dipanggil macam tu. Mungkin kerana tak selesa atau buatkan diri mereka rasa tua dari usia sebenar jadikan dia lebih suka kalau orang panggil dia dengan nama sahaja.
Macam yang Zee baca dekat satu berita ni, seorang wanita berusia 40 tahun yang bengang dipanggil mak cik oleh seorang remaja telah bertindak kasar dengan menyerang mangsa sehingga timbulkan kekecohan.
Puncanya cuma remaja tu minta untuk diberikan laluan je dekat pasar yang sesak dengan orang. Sekali dia pun kena diserang dan ditampar depan orang ramai. Teruknya pergaduhan tu sampaikan polis terpaksa datang untuk leraikan.
Viralnya kisah ni sebab ada orang awam yang ada dekat situ sempat lagi rakam video pergaduhan tu dan sebarkan dekat media sosial. Menurut sumber media sana, keduanya telah dibawa ke balai polis dan dibebaskan selepas memilih untuk selesaikan dengan cara baik.
Berbanding lelaki, wanita ni agak sensitif sikit dengan gelaran, Jadinya pengajarannya dekat sini, kalau korang rasa ragu-ragu, betterlah gunakan panggilan formal contohnya cik atau puan untuk elakkan pihak lagi satu rasa tak selesa.
Bukan apa, penting juga untuk kita jaga hati orang lain kan? Tak salah pun. Kalau diberi kebenaran, barulah panggil gelaran yang lebih mesra. ^.^V