Undang-Undang UAE Dirombak, Pasangan Belum Kawin Kini Boleh Tinggal Sekali
Kita semua maklum tentang UAE, sebuah negara Islam yang terkenal dengan sistem undang-undang Islamnya. Sampaikan orang non-Muslim yang melancong ke UAE pun tahu tentang perkara ni.
Sebagai contoh yang paling mudah alkohol. Memang ada bar yang jual alcohol di UAE sebelum ini, tapi mereka ada lesen khas. Dan customer yang nak beli pun kena tunjuk lesen khas mereka.
Tapi tidak lagi sekarang sebab baru-baru ni, kerajaan UAE dah buat satu rombakan besar dalam sistem undang-undang mereka dan ini termasuklah membenarkan pengambilan arak untuk individu berumur 21 tahun ke atas serta kebenaran untuk pasangan belum berkahwin tinggal bersama.
Jadi kalau sebelum ni nak minum alcohol kena tunjuk lesen khas, lepas ni mungkin hanya perlu tunjuk kad pengenalan je kot. Tapi untuk alkohol ada beberapa syarat yang perlu mereka ikuti, antaranya:
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Untuk kegunaan sendiri, bukan dijual
- Diminum di kawasan tertutup – rumah atau kawasan berlesen sahaja.
Menurut media antarabangsa, momen rombakan ini merupakan satu momen transformasi bersejarah buat UAE.
Katanya, langkah ini diambil selepas UAE menjalinkan hubungan dengan Israel dan sebagai langkah menarik lebih ramai pelancong termasuklah ahli perniagaan untuk melancong dan melabur di sana terutamanya dari Israel.
“Undang-undang baru ini akan meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial negara selain daripada menggabungkan prinsip toleransi yang diamalkan UAE.”
Bukan itu je, rombakan juga dibuat pada sistem undang-undang perceraian dan warisan serta cubaan bunuh diri yang mana tidak lagi dianggap sebagai satu jenayah sosial.