Kena Kejar Anjing, Lelaki Membebel Marah Dalam Loghat Nogori Buat Netizen Terhibur
Sekarang ni aktiviti berbasikal memang dah femes. Semua orang pun akan berbasikal sebagai cara riadah yang baru. Sambil-sambil hirup udara segar, boleh juga tengok keindahan alam.
Bila berbasikal ni, korang faham jelah speed dia macam mana. Tak macam kenderaan yang berenjin. Rileks, tenang dan cool je. Terutamanya bila dekat jalan kampung, memang syok berbasikal sambil layan angin.
Jadi kalau kena kejar anjing pun hmm mungkin nasib dorang ni tak berapa baik sangat. Sebab itulah ada seorang lelaki ni membebel marah tuan tuan yang bela anjing ni supaya jaga anjing-anjing dorang tu.
Sebab kata dia kalau anjing tu tiba-tiba keluar dari semak, tak ke terkejut orang yang tengah bawak basikal. Walaupun anjing tu tak kejar.
Tapi marah dia orang tak takut tau. Marah dia buat orang geli hati. Uish, dengar cara dia marah ‘penternak anjing’ dalam loghat nisimblan tu. terhibur Zee dengar.
Zee tak bolehlah. Orang nisimblan ni kalau dia marah, memang tak jadi betul nak takut. Setakat ni video dia membebel tu dah nak sampai9 ribu orang retweet. Punyalah masing-masing terhibur.
Jadi korang yang berbasikal tu, hati-hati jugalah kalau berbasikal dekat kawasan bersemak. Risau juga tiba-tiba anjing keluar dari semak, udah menggelupor. Tak pasal-pasal sampai eksiden nanti.
Dulu Zee ada share pasal berbasikal dengan kesihatan yang boleh sebabkan korang mati pucuk.
Korang mungkin berminat membaca:
HATI-HATI! Berbasikal Boleh Jadi Punca Korang Mati Pucuk