Sekelip Mata Bankrap Jadi Gelandangan, Kisah Bekas Jutawan Ni Bakal Buat Korang Beringat
Siapa je tak nak hidup mewah, ada duit berjuta, boleh bercuti dekat mana-mana pun yang kita nak. Tapi itulah, kisah yang Zee nak share ni bakal buat korang semua buka mata bahawa dekat dunia ni tak ada pun yang kekal.
Johari, lelaki berusia 50-an yang dulunya ada income sampai jutaan RM, naik flight first class, tidur hotel 5 bintang akhirnya jatuh terduduk dan bergelar gelandangan lepas bisnes hartanahnya macam ‘tak menjadi’ dan sebabkan dia rugi besar.
Lebih malang bila isteri tercinta dia pun meninggal dunia pada tahun 2008 dan masa tulah dia bergelandangan sebab tak ada sumber pendapatan selain cukup untuk makan minum je. Nak teruskan hidup terpaksa harap belas ihsan orang lain.
Cukup sedih. Tapi itu yang berlaku kira-kira 10 tahun lepas. Sekarang ni, Johari dah bekerja sebagai penyelaras untuk kerja-kerja kebajikan NGO lepas setahun bergelandangan.
Pusat Transit Gelandangan yang menempatkan gelandangan berlokasi di ibu kota KL.
Walaupun tak berpendapatan jutaan RM macam dulu dan hanya tinggal dekat rumah pusaka, Johari kata dia tetap bahagia dengan 2 anaknya yang kini sedang lanjutkan pelajaran di universiti.
Sebab apa yang dia lakukan sekarang cukup besar ertinya buat dia dan keluarga kerana dapat bantu orang kurang bernasib baik terutamanya kawan-kawan gelandangan.
“Biasalah, ketika senang, adakalanya kita lupa siapa yang memberi rezeki dan nikmat. Ada yang mengatakan saya menjadi mangsa iri hati orang lain namun jika benar, saya sudah lama memaafkan individu terbabit. Ini semua aturan ditetapkan Tuhan dan saya sebagai hamba reda dan bersyukur.”
Kata Johari, aturan hidup yang Tuhan tentukan ni sangat hebat. Tuhan beri rezeki untuk anak-anak dia berjaya; anak sulung tengah belajar seni bina di Perancis dan anak bongsu pula belajar dekat universiti tempatan.
Harapnya cerita Johari ni boleh korang jadikan sebagai pengajaran supaya sentiasa beringat yang dalam dunia ni semuanya tak kekal. Kalau Tuhan nak tarik, bila-bila masa pun boleh.
Makanya, hiduplah dengan sentiasa berikan manfaat kepada orang lain.