Jom Sihat! Sambil Lari Pun Boleh Menang Hadiah Dengan Join Riadah Maya Coway
Kalau korang perasan, aktiviti larian atau marathon ni sejak beberapa tahun belakangan ni makin popular. Macam-macamlah aktiviti larian yang persatuan dan organisasi anjurkan. Lari ramai-ramai memang seronok, sambil lari boleh juga buat kawan.
Tapi bila COVID-19 melanda, banyaklah aktiviti larian ditangguhkan. Kena duduk rumah, jaga penjarakan sosial sebab aktiviti yang libatkan kumpulan yang ramai tak dibenarkan.
Eh, korang jangan sedih. Siapa kata kalau lari je mesti ramai-ramai? Sekarang ni kan zaman internet, semuanya guna online. sampai lari pun korang boleh buat secara online. Tak caya? Meh Zee terangkan sikit.
Dengan Coway Run 2020: Change the Game, korang boleh lari secara online je. Ya, walaupun korang hanya terkurung dekat rumah dan tak boleh keluar. Ada 4 kejayaan bertahap yang boleh korang kumpul iaitu Tahap 1 (3km), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (30km) dan Tahap 4 (40km).
Paling cikai pun duk ulang alik dapur, bilik, ruang tamu, tandas pun dah lepas lah Tahap 1 tu. Bila dah lepas setiap tahap, korang akan diberikan lencana. Mudah je kan? Seronok pun ye jugak.
Nak tambah lagi seronok? Sepanjang tempoh acara berlangsung iaitu dari 1-29 November 2020 ni, Coway ada sediakan hadiah menarik untuk pelari setiap minggu.
Jadi larian ni bukan sekadar trend tau, tapi dibuat sebab nak hidup sihat dan bebas penyakit. Untuk sertai, korang daftar je dekat EventBrite.
Harga tiket tak mahal pun, dalam RM40.88 dan Rm10 daripada jumlah tu akan diberikan kepada projek Happy Water yang bekalkan air minuman bersih dan amalan kebersihan diri kepada 1,000 keluarga Orang Asli.
Sambil amalkan hidup sihat sambil tu jugak korang boleh beramal.