Tak Perlu Tunggu Jemputan, Kedai Ini Sediakan Menu Nasi Kahwin Hari-Hari
Walaupun majlis kenduri sudah dibenarkan dengan had tetamu, masih ramai lagi yang sebenarnya ragu-ragu nak memenuhi undangan kerana kes COVID-19 seakan tidak nampak tanda-tanda untuk reda.
Tapi macam mana nak buat bila tiba-tiba mengidam nak makan nasi kenduri kahwin? Memanglah boleh nak masak, tapi terpaksalah hadap step memasak yang renyah tu.
Kalau yang masih tak tahu, sebenarnya dekat Bukit Bintang ada port ‘boek’ yang sediakan nasi kahwin setiap hari. Memang terbaik!
Feeling bila makan dekat kedai Nasi Kahwin Hari Hari ni memang rasa macam makan dekat kenduri kahwin sungguh bila makan.
Menyediakan menu signature kenduri seperti nasi hujan panas, ayam rose terangkat, ayam dua madu, daging masak hitam dan acar timun, korang boleh datang dengan hanya naik MRT je.
Caranya:
- Naik MRT dan turun di MRT Bukit Bintang.
- Keluar di Pintu F (Jalan Sultan Ismail).
Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 11 pagi, harga untuk sepinggan nasi ialah RM8.50. Cukup murahlah kan jika nak dibandingkan dengan penantian korang untuk dijemput ke kenduri kahwin.
Kena pula waktu cuaca panas, memang kaw bila pekena sekali dengan ais kacang viral dorang. Nikmat sungguh bila air sejuk lalu dekat tekak.
Yang datang naik kereta atau motor, boleh terus je Maps ke Nasi kahwin Hari-Hari. Kalau nak delivery pun boleh. Tak ada masalah.
Yang penting kena cepat, kalau tidak nanti menangislah korang sama ada habis atau pun kena beratur panjang.