Nak Lengan Kecil Punya Pasal, Model Maut Lepas Jalani Prosedur Sedut Lemak
Orang kalau nak cantik, sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa melabur sampai beribu-ribu ringgit. Memang bukan benda pelik pun sebab dah banyak kali kita dengar.
Kisah yang Zee nak cerita ni bukannya terjadi dekat luar negara tau, tapi dalam Malaysia. Hasrat seorang perempuan bersanding dengan lengannya yang kurus tak kesampaian bila mangsa meninggal dunia semasa menjalani prosedur buang lemak.
Menurut sumber Malaysia Gazette, mangsa, Coco Siew yang berusia 23 tahun tu pergi ke sebuah spa di Cheras untuk dapatkan rawatan kecantikan. Walaupun spa tersebut berdaftar secara sah, tapi dorang ni tak ada kepakaran untuk jalankan prosedur buang lemak.
Tapi bila dah dipaksa mangsa, pihak pengurusan pun terpaksa teruskan proses buang lemak tu. Masa disuntik pada tangan, mangsa tiba-tiba sukar bernafas, muka dan badannya jadi pucat sebelum pengsan. Bila dikejarkan ke hospital, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Pihak pengurusan spa terdiri daripada ibu dan anak yang masing-masing berusia 49 & 23 tahun kemudiannya ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly berkata pihak mereka masih menunggu keputusan bedah siasat mangsa bagi mengetahui punca sebenar.
Abang mangsa memberitahu yang adik dia jumpa salon ni dekat internet dan perlu membayar RM2,500 untuk jalani prosedur tersebut yang ditemani kawannya.
Jadi pengajaran untuk korang, nak cantik gunakanlah cara yang betul. Cari doktor yang bertauliah. Jangan sebab harga murah korang sanggup nak gadaikan diri dan nyawa tau. Zee nasihatkan, kalau lengan korang besar dan terfikir nak kecilkan, pergilah gym. Buat senaman yang boleh kuruskan lengan.
Ni Zee bagi contoh apa yang korang boleh buat, janganlah pergi rawatan dekat spa yang mengarut tak ada lesen tu.
Macam mangsa, kesian Zee tengok. Dah nak kawin kot tahun depan. Semoga pihak keluarga dan tunangnya tabah terima berita ni.
Kredit gambar utama: Coco Siew