Sedihnya… Tiada Lagi MAS, Bakal Diganti Dengan Firefly
COVID-19 menyaksikan jatuhnya industri-industri antarabangsa terutamanya pada yang berada dalam bidang pelancongan.
Zee emosi sikit sebab kapal terbang yang jadi lambang kebanggaan Malaysia, MAS atau Malaysia Airlines kini berada di ambang kejatuhan selepas tiada lagi dana diberikan kepada kerajaan untuk mereka.
Yang Zee baca dekat Berita Harian, Khazanah Nasional ada pilihan untuk salurkan modal kepada Firefly kalau MAS terpaksa ditutup sekali gus jadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional.
Kalau nak tahu ini adalah pilihan terakhir kalau kata sepakat tak dicapai dalam rundingan yang masih lagi berlangsung antara pemiutang dan pemajak pesawat bagi memulihkan semula MAS.
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan ada cakap yang Khazanah sedia untuk tamatkan pembiayaan MAS dan sebaliknya akan biaya Firefly pula untuk penuhi keperluan pengangkutan negara.
Sejak mula diswastakan pada 2014, MAS selalu mencatatkan kerugian sehingga menyebabkan kedudukan kewangan syarikat tidak kukuh. Jadi kalau Khazanah terus biayai Khazanah, Khazanah akan terpaksa menambah hutang mereka.
Yang tambah sedih Zee bila tengok video ni.
Kalau MAS tak dapat diselamatkan, memang Zee rasa sedih la. Sebab selama hampir 30 tahun Zee hidup, Zee belum pernah lagi merasa naik MAS. Terasa rugi bila fikirkan balik. Sama macam netizen yang lain, Zee harap sangat MAS dapat diselamatkan.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia juga tak lari daripada terkesan dengan pandemik ini. Tapi kerajaan menerusi beberapa bank tempatan telah menyuntik pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada AirAsia untuk survive sepanjang pandemik ini.
Kredit gambar utama: Reuters