Bayar RM800 Untuk Sewa Homestay Mewah, Sekali Dapat Lokasi Tanah Kubur
Kalau pergi bercuti terutamanya dengan family, mesti kita plan cantik-cantik kan? Terutamanya bahagian tempat tinggal dengan itinerary supaya keluarga kita selesa dan happy je sepanjang tu.
Tapi ni Zee nak share cerita pasal seorang lelaki, Azmeer Idham yang kena scam masa nak bercuti dekat Port Dickson. Sewa homestay yang dapatnya kawasan tanah perkuburan. Apa kebendanya perangai rakyat Malaysia ni.
Azmeer ni dah plan nak pergi bercuti jadi dia pun carilah homestay yang available untuk tarikh tu dekat group-group FB yang ada. Lepas tu tiba-tiba dia dapat PM yang ada homestay available – pakej lengkap dengan swimming pool dekat Teluk Kemang. Harga cuma RM800 untuk satu malam.
Yang PM tu perempuan, jadi dia minta dekat Azmeer ni deposit dalam RM300 sebagai tanda nak lock lah kononnya. Azmeer ni pun bayar lah deposit RM300 macam yang diminta lepas tengok beberapa review yang okey dekat FB perempuan tu.
Lepas beberapa hari tu, perempuan tu PM Azmeer lagi dan minta Azmeer tambah RM200. Kalau tak nak, deposit RM300 sebelum ni kira burn. Sebab fikirkan sayang kalau RM300 ni burn, Azmeer pun bayar lah.
Atas sebab nak tahu, Azmeer yang menetap dekat Rembau pergilah lokasi yang diberikan perempuan terbabit sebab perjalanan dari Rembau ke Teluk Kemang cuma dalam 30 minit. Sampai je dekat lokasi yang diberikan, memang Azmeer terkejut bila homestay yang dia dah bayar deposit RM500 tu sebenarnya tanah perkuburan.
Bila dia cuba contact balik dengan perempuan yang dia berurusan tu, macam-macam alasan diberikan. Memanglah dah kantoi busuk menipu, ajak jumpa pun tak nak.Lepas daripada tu, Azmeer langsung tak dapat nak contact dia. Dah kena block la tu.
Menerusi sumber BH, Azmeer kata dia hanya viralkan dekat beberapa group homestay je dekat FB sebabnya sebelum ini adik dia pernah buat report bila kerugian RM800 tapi sampai sekarang macam tak ada tindakan lanjut.
Jadi Zee nak pesan sikit dekat korang, sebelum buat apa-apa pembayaran tolonglah semak dahulu betul-betul supaya tak terkena.
Contohnya sekarang ni kan ada app yang boleh semak orang tu scam ke tak. Haa kat situ korang check dulu sama ada scam atau tak. Kalau dah terkena, korang boleh buat report untuk elakkan orang lain pun terkena benda yang sama.
Zee cuma nak pesan, hati-hatilah. Sekarang ni orang nak cari duit dah tak kira halal haram. Sebab itulah macam-macam jenis scammer ada sekarang ni. Janji dapat duit. Cara dapat duit tu belakang kira.
Jangan cakap Zee tak pesan tau.