PKPB Di KL, Selangor & Putrajaya – 6 Aktiviti Dilarang
Macam yang dicakap hari tu, Zee bekerja kerja dekat sebuah syarikat swasta yang berlokasi di Kuala Lumpur. Tapi sebab dekat kawasan ofis Zee ada kes, syarikat Zee ambil langkah berjaga suruh kakitangan bergilir-gilir untuk work from home.
Disebabkan kes COVID-19 sudah meningkat, kerajaan pun ambil keputusan untuk laksanakan PKP Bersyarat (PKPB) di 3 kawasan iaitu WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober 12.01 tengah malam sampailah 27 Oktober ini.
Perkara ni diumumkan sendiri Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jadi bila dah umum macam ni, Zee perasan ramailah makhluk-makhluk Tuhan yang duduk dekat 3 area ni berpusu-pusu nak buat pembelian panik. Beratur bukan main panjang ya dekat pasar raya.
Haiyoh! *tepuk dahi*
Hello, kita ni kena PKPB je tau, bukannya PKP atau PKP Diperketat (PKPD). Sebabkan ramai yang panik macam ni sekali, Zee ada benda nak share dengan korang, apa sebenarnya yang akan berlaku dalam PKPB ni.
Kita semua masih lagi boleh keluar macam biasa, cumanya ada 6 aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh ni, iaitu:
- Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Tapi kalau untuk bekerja, mereka perlu tunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
- Hanya 2 orang je dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan.
- Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi DITUTUP.
- Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam DITUTUP.
- Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan TIDAK DIBENARKAN.
- Pusat-pusat hiburan dan kelab malam pun TIDAK DIBENARKAN.
Tapi semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali yang melibatkan sektor sosial dan sektor pendidikan.
Oh tak lupa juga, yang bekerja macam biasa dan bukannya work from home macam Zee ni jangan lupa dapatkan surat pengesahan bekerja daripada majikan tau. Tak perlu cop dari balai polis pun. Bila kena tahan, boleh tunjuk surat tadi.
Okeylah Zee nak bersangka baik. Mungkin yang beratur tu sebab kena fikir anak-anak nak makan apa nanti sebab iyalah sekolah semua tak buka kan.
Tapi… Janganlah korang sauk semua bekalan yang ada. Kesianlah dekat orang-orang lain juga. Daripada pasar raya elok cukup bekalan semua, tak pasal-pasal bekalan jadi ‘short’ sebab ada orang buat panic buying.
Ingat orang belakang sama ya. Barulah selari dengan tagline #KitaJagaKita
Cukup sekadar itu info tentang PKPB, nanti akan datang Zee nak share pasal satu iklan kerja kosong yang tawar gaji sampai puluh-puluh K untuk korang yang tengah cari kerja tu.
Lumayan beb!
Kredit gambar utama: Soya Cincau