Iklan Kerja Kosong IKEA Tak Masuk Akal, Tawar Gaji Sampai RM42K Sebulan
Wabak COVID-19 ni memang menyaksikan kemerosotan pada persekitaran ekonomi. Kalau nak tahu statistik pengangguran di Malaysia je setakat April 2020 dah mencecah 800,000 orang disebabkan sektor ekonomi ditutup akibat PKP. Tapi sejak sektor ekonomi negara dah dibuka semula, dilaporkan kadar ini semakin menurun.
Namun jumlah yang masih menganggur masih lagi tinggi. Buka je media sosial mesti akan ada berita mengenai pengangguran. Contoh yang terbaru ni, AirAsia dah buat pemberhentian pekerja buat kali ke-2 selepas yang pertama pada Jun lepas akibat daripada kerugian disebabkan sempadan negara masih lagi ditutup.
Okey, bersambung tentang iklan kerja kosong yang Zee cakap pada entry lepas. Kerja kosong yang gaji dia memang gila-gila punya tinggi la. Memang kalau kerja, dapat gaji dua bulan dah boleh beli kereta cash.
Nak tahu kat mana? IKEA.
Sebut je IKEA, memang semua orang tahu syarikat jualan perabot gaya minimalis ini sudah pun terkenal di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, IKEA dah ada empat cawangan – Mutiara Damansara (Selangor), Cheras (KL), Batu Kawan (Pulau Pinang) dan Tebrau (Johor).
Tapi yang Zee nak cerita ni iklan kerja kosong dekat IKEA Singapore. Negara jiran kita yang memang sebelum COVID-19 ni ramai rakyat Malaysia boleh ulang alik setiap hari untuk bekerja.
Tawaran jawatan Pengurus Jualan ini menawarkan gaji antara $9,150 – $14,250 sebulan, kalau ditukarkan ke duit RM antara RM27,957 – RM43,540. Memang masyuk kan? Tapi kena tengok apa yang dorang nak pada calon-calon ni.
Sebagai Pengurus Jualan, mestilah kena ada kebolehan untuk naikkan sales IKEA dalam tempoh masa jangka panjang dengan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama 5 tahun.
Tugas utama Pengurus Jualan:
- Mengoptimumkan jualan dan keuntungan jangka masa panjang – online dan offline.
- Kembangkan strategi jualan dengan Team Komersial.
- Tahu priority pasaran global – saingan dalam pasaran dsb.
- Memenuhi keperluan pelanggan bersama Pengurus Jualan Stor.
- Analisis ‘qualitive performance’ pasaran.
Tawaran kerja kosong ni dibuka sampai 25 Oktober 2020 je tau, dan setakat ini Zee tengok dah 163 orang sudah memohon. Kalau korang dalam bidang Sales & Retails bolehlah cuba mohon.
Kalau ada rezeki tak ke mana, kita sebagai manusia usaha je. Yang nak memohon boleh terus memohon ke mycareersfuture.gov.sg.
Okey itu sahaja kot untuk entry kali ini. Nanti dekat entry akan datang Zee nak share pasal rutin lain pula. Duduk rumah memang banyak benda kena buat.
Kredit gambar utama: The Conversation