Summerie Kembali Dengan Produk Wangian Bertemakan Musim Panas
Jenama rangkaian produk mandian dan penjagaan rambut popular, Summerie, kini kembali dengan bau yang membuatkan korang lebih teruja untuk menikmati musim panas yang bakal mendatang.
Menggabungkan perkataan ‘summer’ dan ‘reverie’, Summerie merupakan rangkaian produk yang direka khas dengan rasa kemewahan dan dilengkapi dengan ekstrak botani bebas silikon dengan manfaat bunga matahari yang mampu memulihara kesihatan kulit.
Kaya dengan vitamin dan antioksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, kalium dan kalsium; serta Omega-6, produk-produk rangkaian Summerie mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan semula jadi dan bebas daripada bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral dan ramuan yang berasaskan haiwan.
Produk SUMMERIE boleh dibeli menerusi website rasmi dorang.