Perasan Tak Seat No.13 & No.17 Tak Ada Dalam Pesawat? Ini Sebabnya
Untuk yang selalu travel, korang perasan tak, ada sesetengah pesawat sebenarnya tak ada seat nombor 13 dan 17?
Ya, ada sesetengah pesawat yang memang sengaja ‘menghilangkan’ 2 nombor ni dari seat mereka. Lepas seat 12 terus seat 14 dan lepas seat 16 terus ke 18.
Menurut bekas pramugara Malaysia Airline yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella, 2 nombor tersebut sengaja ditiadakan adalah kerana unsur-unsur mistik yang melibatkan kepercayaan seseorang.
Ada yang percaya, 2 nombor tersebut membawa kepada nasib malang, sesuatu yang tidak baik serta beberapa lagi unsur konotasi negatif yang lain.
Jurucakap Ryanair pula pernah menjelaskan pesawat Ryanair tidak memiliki seat nombor 13 adalah kerana mengikut tradisi pembuatan Amerika Syarikat.
Selain Ryanair, ada beberapa pesawat lain yang turut mengikuti ‘konsep’ yang sama iaitu pesawat Air France dan Iberia kerana menghormati mereka (penumpang) yang percaya dengan unsur di sebaliknya.
Jika diRomankan nombor 17, ianya mempunyai maksud dalam bahasa Latin iaitu ‘hidup saya sudah berakhir’. Jadi untuk menghormati penumpang Latin yang percaya dengannya, ada sebilangan pesawat yang sengaja hilangkan seat row nombor 17.
Walaupun ada yang cakap semua tu karut, tak salah pun kan kalau kita hormat kepercayaan tersebut?