Petronas Skybridge Tawar Promosi Tiket Masuk Serendah RM10
Menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda Malaysia merupakan salah satu destinasi wajib kunjung rakyat Malaysia walaupun cuma sekali seumur hidup. Terkenal sebagai salah satu menara tertinggi di dunia, menara ini menjadi tarikan pengunjung kerana kedua buah menaranya dihubungkan dengan satu jejantas udara.
Dengan tawaran harga promosi serendah RM10 untuk kanak-kanak/warga emas dan RM20 untuk orang dewasa, peluang ini adalah satu peluang yang perlu direbut untuk satu pengalaman melihat bandar raya Kuala Lumpur dalam satu sisi yang lain.
Buat masa sekarang, menara tinjau di tingkat 83 dan 86 masih lagi ditutup. Laluan hanya dibuka di tingkat Skybridge iaitu tingkat 41 dengan ketinggian 170 meter dari permukaan bumi.
Murah bukan?
Tiket hanya boleh didapati secara walk-in je. Dengar kata walaupun baru pukul 11 pagi, tiket masuk dah habis. Jadi kalau nak datang, kenalah beratur lebih awal, mungkin 1 jam sebelum dibuka agaknya.
Dibuka setiap Selasa hingga Ahad, korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Menara Berkembar Petronas di website.