HATI-HATI! Berbasikal Boleh Jadi Punca Korang Mati Pucuk
Aktiviti berbasikal semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tak kira tua atau muda, masing-masing mula seronok apabila terjun ke aktiviti yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan.
Tapi ada yang terlampau ekstrem sehinggakan sanggup berbelanja lebih ratusan ribu RM untuk melengkapkan gear mereka dalam aktiviti ini.
Iya, memang berbasikal mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan, tetapi jangan dilupakan ianya juga datang dengan risiko mati pucuk tau.
Menurut FB Public Health Malaysia (PHM), ada sesetengah tempat duduk motosikal dan basikal yang berbentuk tirus menyebabkan berlakunya tekanan pada bahagian perineum yang mana di sinilah terletaknya saraf dan salur darah yang berhubung dengan bahagian zakar dan klitoris.
Disebabkan tekanan ini, akan adanya rasa kebas di bahagian celah peha atau kemaluan. Kecederaan saraf dan salur darah inilah punca berlakunya keadaan mati pucuk sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.
Jadi macam mana nak elakkan masalah mati pucuk ni berlaku kalau tetap nak teruskan aktiviti berbasikal? Baca tips yang PHM senaraikan seperti di bawah:
Berbasikal memang baik. Tapi korang kena tengok juga tempat mana yang sesuai untuk melakukan aktiviti ni sebab sekarang ini banyak sangat dah kes membabitkan penunggang basikal antaranya memandu sehingga menyebabkan bahaya pada pemandu di kawasan lebuh raya.
Ingat, menungganglah secara selamat. Jangan sebab kecuaian korang, nyawa tergadai.
Kredit gambar utama: Project Hero/Pinch Flat