Nak Cantik Punya Pasal, X-ray Temukan Ratusan Susuk Di Tubuh Wanita Ini
Nak cantik punya pasal, seorang wanita sanggup memakai ratusan susuk pada tubuh badannya.
Susuk dan kecantikan memang bukan lagi sesuatu yang asing. Biarpun ianya merupakan sesuatu yang salah, ramai yang menggunakan susuk bagi meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk tampil di khalayak ramai.
Tular baru-baru ini, satu gambar X-ray yang dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan di Instagram jelas memaparkan ratusan garis putih yang dipercayai merupakan susuk yang dipakai oleh seorang wanita di Indonesia yang berusia 55 tahun.
Susuk yang dipanggil sebagai Charm Needle ini hanya boleh dilihat dengan menggunakan X-ray kerana diperbuat daripada emas dan tembaga, dan apabila operasi pembedahan dilakukan, ianya tidak akan kelihatan.
Misteri mengapa jarum susuk tidak ditemui semasa pembedahan ini bagaimanapun masih belum lagi dapat dirungkai dan pakar perubatan sendiri masih lagi bingung dengannya.
Untuk pengetahuan anda, susuk ni bukan je dipakai wanita tetapi juga lelaki dengan tujuan yang berbeza sama ada mahu jadi kuat, lebih feminism, cantik dan sebagainya. Merupakan satu jenis sihir yang mendapat bantuan daripada iblis, susuk sebenarnya memberi kesan kepada rohani dan jasmani pemakainya.
Di Twitter suatu ketika dahulu, seorang influencer pernah secara terbuka berkongsikan pengalaman memakai susuk yang memiliki pantang larangnya yang tersendiri. Baca lanjut dalam thread perkongsian di bawah: