Jangan Buang Dulu! Ini 5 Kegunaan Lain Silica Gel Yang Perlu Korang Tahu
Kalau beli kasut baru, mesti ada jumpa beberapa bungkusan kecil yang ada biji-biji lutsinar yang dibungkus dalam bungkusan kertas tertulis Silica Gel kan?
Tapi sebab dekat bungkusan tu tertulis perkataan ‘throw away’ ramai yang buang macam tu je bungkusan tersebut.
Korang tahu tak, sebenarnya silica gel ni sebenarnya bahan penyerap lembapan yang paling berkesan kalau diletakkan dalam bekas bungkusan.
Fungsi utamanya supaya produk tak cepat rosak, tidak berkulat dan memanjangkan jangka hayat produk sebab ianya menyerap oksigen yang ada dalam bekas.
Sebabkan ramai lagi yang tak tahu, mari kami senaraikan 5 lagi kegunaan gel silica dalam kehidupan seharian.
1. Hilangkan bau busuk pada beg/kasut
Kalau korang pergi camping, sukan atau apa-apa aktiviti yang melibatkan peluh, pastinya beg korang tak terlepas daripada bau-bau kepam yang kurang menyenangkan kan? Bukan setakat beg, kalau letak dalam kasut pun boleh sebab silica gel ni akan hapuskan bakteria yang jadi punca kepada bau-bau tersebut.
Jadi yang selalu bersukan dan sering berdepan dengan masalah bau kepam (kalau orang sebelah bau boleh pengsan), bolehlah beli dan simpan silica gel untuk kegunaan ini. Tak adalah nanti asal nak buka beg atau kasut je timbul rasa malu sebab bau.
2. Penyegar
Sebab fungsi dia menyerap kelembapan, korang boleh gunakan silica gel ini sebagai pewangi bilik.
Caranya mudah je, keluarkan silica gel dari bungkusan dan letakkan dalam satu bekas yang terbuka. Korang cuma beli pati minyak bau kegemaran korang dan titiskan sikit atas silica gel tadi.
Hasilnya, memang korang takkan percaya! Harum dan pastinya suasana bilik akan jadi lebih segar!
3. Membantu keringkan handphone
Sesiapa yang selalu ada masalah handphone terjatuh dalam mangkuk tandas memang wajib kena ada stok silica gel yang banyak.
Jangan risau, korang hanya perlu lap kering handphone sebelum masukkan dalam bekas kedap udara; sama ada bekas tupperware atau plastik yang berisi beberapa bungkus silica gel. Biarkan dalam beberapa hari (minimum 3 hari = 62 jam) dan korang akan nampak hasilnya.
Ya, memang boleh letak dalam beras atau keringkan guna hair dryer. Tapi kalau gunakan beras, tak ke rasa geli sebab iyalah, jatuh dalam mangkuk tandas kot! Beras tu korang nak buat untuk makan kan?
4. Karat pada shaver
Shaver korang selalu ada masalah berkarat tak? Nak tahu tak sebab apa?
Kawasan bilik air yang lembab dan basah menyebabkan proses karat berlaku dengan cepat. Nak elak shaver cepat karat, makanya korang letakkan shaver korang dalam bekas bertutup yang berisi bungkusan silica gel.
Yang penting bekas kena tutup. Kalau terbuka, memang tak ada gunanya korang letak silica gel tu.
5. Jaga dokumen penting dari rosak
Ini sangat penting! Untuk elak dokumen penting korang rosak, bolehlah gunakan silica gel ni. Tak adalah nanti bila korang nak cari balik sijil-sijil yang diperlukan, tengok-tengok dah berkulat.
Letak je dekat celah-celah fail korang dan silica gel akan serap lembapan udara yang boleh menyebabkan kerosakan pada dokumen yang disimpan tadi.
Tip bonus:
- Simpan barang perhiasan atau barang kemas dalam bekas berisi silica gel boleh mengelakkan barangan anda daripada cepat rosak dan pudar.
- Silica gel kalau diletakkan dalam almari baju, akan membantu baju tahan lebih lama dan berbau segar.
Banyak kan kegunaan silica gel ni? Lepas ni kalau jumpa, jangan buang. Simpan untuk kegunaan barangan di atas.
Selamat mencuba!