Lihat Bagaimana Pelajar Ini Jadikan Bungkusan Makanan Sebagai Fesyen Harian
Seorang pelajar di Amerika Syarikat mendapat ilham kreatif apabila berjaya menghasilkan pakaian daripada bungkusan plastik makanan. Projek yang dimulakan semasa pandemik COVID-19 melanda dunia ini berjaya menjadikan pelajar dari Indonesia ini dikenali ramai.
Berkongsikan perjalanan projeknya di Instagram, Putri Samboda berjaya menghasilkan fesyen plastik pembungkusan kelas tinggi antaranya kasut tumit tinggi dan pakaian.
Berasal dari Yogyakarta, Indonesia, Putri memberitahu beliau memulakan projeknya selepas tertekan tinggal bersendirian menjalani kuarantin di Amerika Syarikat. Menurut Puteri, idea menggabungkan item fesyen kelas tinggi dengan barangan tempatan itu beliau dapat semasa sedang makan 20 ketul McNuggets.
Bukan itu sahaja, beliau pernah menghasilkan skirt daripada karung guni beras yang mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan.
Biarpun nampak pelik, tetapi sebenarnya ramai yang dah minta Putri untuk menjual item-item fesyennya tau. Tapi beliau memberitahu buat masa sekarang permintaan tersebut terpaksa ditolak bagi memastikan kualiti barangan yang dihasilkan mengikut standard.
Masa tempoh kuarantin memang banyak kan idea-idea kreatif keluar?