Persis Tok Ti, Netizen Puji Bakat Make Up Luar Biasa MUA Ini
Aplikasi TikTok perlu diakui banyak memperkenalkan bakat-bakat baru masyarakat dunia. Menjadi platform untuk warga net menunjukkan bakat masing-asing, terbaru tular video seorang MUA dari Indonesia yang transform diri dia jadi penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Sekali pandang hasil akhir make-upnya memang tak sangka bukan Tok Ti yang sebenar sebab mirip sangat-sangat! Daripada busana sampailah gaya senyum memang macam Tok Ti.
Tok Ti pun nyatakan kekaguman beliau dengan bakat MUA ni. Make-up yang dihasilkan hasil daripada permintaan Zulin Aziz ini memang buat orang ramai kagum betullah. Bukan biasa-biasa tekniknya.
Hasil akhir solekan:
Kalau nak tahu, MUA ni memang berbakat. Sebab sebelum ini beliau pernah juga buat make-up muka Selena Gomez, Arianna Grande dan Preity Zinta.
Sama kan?
Setakat ni akaun TikTok beliau sudah pun mengumpul lebih 593,500 orang pengikut dengan jumlah sukaan menghampiri 5 juta. Nak tengok lagi hasil solekan beliau, bolehlah ke @luckyhakimweddinggalery.