BAPE STORE Dengan Kafe Konsep Dibuka Secara Rasmi Di Malaysia
Sejak awal tahun lagi adanya ura-ura yang mengatakan bahawa jenama fesyen terkenal dari Jepun, A Bathing Ape bakal membuka butik pertama mereka di Malaysia.
Namun, ura-ura kini bukan lagi hanya gosip semata apabila akaun Twitter rasmi BAPE.COM mengumumkan pembukaan butik mereka di Malaysia secara rasmi pada 27 September di Suria KLCC, Kuala Lumpur.
Yang menariknya, butik BAPE Store Malaysia dikatakan cawangan yang terbesar daripada yang ada di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan kafe konsep di butik ini yang diberikan nama ‘BAPE Cafe!?’
Kalau sebelum ini peminat di Malaysia terpaksa ke official store di Jepun atau Singapura untuk melakukan pembelian, selepas ini semuanya jadi mudah dengan pembukaan cawangan baru di Malaysia.
Ramai yang sanggup beratur panjang di luar butik semata-mata untuk dapatkan fesyen dari butik eksklusif ini. Mungkin dengan adanya butik di Malaysia ini, lebih ramailah pelancong luar negara akan datang ke Malaysia (selepas sempadan negara yang ditutup akibat COVID-19 dibuka semula untuk tujuan pelancongan antarabangsa).
Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, maklumat lanjut mengenai BAPE Store boleh korang layari di website rasmi.