Nak Elak Dijangkiti COVID-19, Bintang Bollywood Mengaku Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari
Kadar jangkitan COVID-19 yang didapati mampu merebak dengan cepat menyebabkan ramai orang mengambil langkah sendiri dalam memastikan diri mereka tak dijangkiti sama ada dengan memakai topeng muka atau pun mengamalkan penjarakan sosial seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Namun ada yang mengambil langkah terlampau ekstrem seperti bintang terkenal Bollywood ini. Akshay Kumar, 53 tahun percaya dengan mengamalkan minum air kencing lembu ianya mampu menjadi perisai diri tidak dijangkiti wabak pandemik ini.
Bukan setakat beliau, malah sebahagian besar penduduk India percaya bahawa air kencing lembu ada khasiatnya sehingga dikomersialkan dalam ubat merawat sakit perut, ubat gigi dan sabun mandi.
Walaupun pakar kesihatan banyak kali mengingatkan bahawa air kencing lembu tak mampu dibuktikan boleh merawat penyakit, tetapi ramai orang-orang berpengaruh masih mempromosikan ‘najis kecil’ tersebut sebagai ubat mengikut perubatan tradisional Ayurveda.
Lembu yang dipilih pula bukan lembu biasa tetapi lembu dara kerana memiliki ciri penyembuhan ketuhanan yang suci.
Sebelum ni. Presiden Parti Politik India, Swami Chakrapani Maharaj daripada Parti Hindu Mahasabha mendakwa najis lembu boleh digunakan sebagai penawar wabak COVID-19 menerusi ritual khas yagna – badan pesakit akan dilumurkan dengan najis sebelum teriakan Om Namah Shivay dilaungkan.
Kredit gambar utama: FilmiBeat/NST