Naik 6kg Dalam Masa Sebulan, Ini Tips Untuk Orang Kurus Nak Berisi
Stigma bodyshaming bukan hanya terkena pada mereka yang mempunyai badan yang berisi sahaja tau. Orang yang kurus pun kena sampai mereka pun penat dipanggil kurus, cekeding, papan dan sebagainya.
Di sosial media, ramai sangat share macam mana cara nak turunkan berat badan. Tapi cara nak naikkan berat badan masih sikit dan jarang-jarang orang share.
Jadi kami terjumpa perkongsian seorang pengguna Facebook, Siti Shairah yang berkongsi journey beliau dalam menaikkan berat badan hanya dalam tempoh masa sebulan. Power beb!
Apa yang beliau buat?
1. Susu Full Cream
Pagi dan malam wajib minum susu sekurangnya 1gelas. Kena paksa ambil. Minum yang jenis full cream sebab tinggi protein dan kabo. Berbeza dengan low fat dan yang ada flavour.
2. Vitamin C
Makan vitamin C 1 biji sehari atau boleh skip selang 2 hari sekali. 1 minggu dalam 2/3 biji je. Hari yang skip tu beliau makan buah je banyak-banyak. Tapi on the day you take vitamin C tu, make sure minum 2/3 liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok. Vitamin C is dietary supplement, selain daripada untuk kulit dan sebagainya, dia juga naikkan selera makan. Membuak rasa, asyik nak makan je. So perlu vitamin C untuk membantu slera makan.
3. Jadual Makan
Kena makan on time, make sure ambil breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah je banyak-banyak.
4. Food Taken
Amik kekacang macam soya (not suggest for women), dairy milk dan cheese. Makan banyak kali.
5. Rujuk Doktor
Disclaimer: Make sure rujuk doktor juga ya. Kalau dah underweight kadang sebab cacing juga.
Hasil daripada rutin di atas, ini yang beliau capai selepas sebulan:
1st week 50.2kg
2nd week 51.2kg
3rd week 52.3kg
4th week 54.5kg
Jadi buat yang masih tercari-cari cara nak naikkan berat badan tu, bolehlah cuba cara macam Siti juga. Selamat mencuba dan selamat berjaya!
Kredit gambar utama: Donna/FMT