Tetap Cool Peraga Fesyen Orang Muda, Lelaki Ini Guna Ayah Sendiri Sebagai Model
Teknik pemasaran merupakan teknik paling penting dalam sesuatu perniagaan terutamanya buat mereka yang baru nak mulakan sesuatu perniagaan. Antaranya menggunakan model yang dikenali ramai seperti selebriti terkenal untuk menarik crowd.
Tapi perkara yang sering menjadi masalah ialah kos yang perlu dikeluarkan apabila perlu menggunakan khidmat model terkenal setanding dengan kepakaran yang mereka miliki.
Tetapi seorang pemuda @ashrffanuar berjaya menarik perhatian orang ramai apabila menggunakan khidmat ayah sendiri sebagai model kepada koleksi merchandise beliau. Tak perlu model profesional, model terkenal atau selebriti, aura ayahnya cukup membuatkan shoot tersebut nampak unik dan eksklusif.
Hasil perkongsian gambar tersebut, ramai yang memuji ayahnya yang nampak cool menggayakan koleksi baru Savage x Kritikal Co yang mengetengahkan produk baju dan jaket.
Gaya memang macam orang muda! Dahlah nak hampir serupa macam Giancarlo Esposito, pelakon Amerika Syarikat yang terkenal dengan watak Ra’s Ghul dalam filem Son of Batman.
Sebelum ini, ayah beliau pernah viral apabila tampil dengan gaya trendy dengan mengenakan jaket jenama Supreme serba merah.
Silap-silap tak lama lagi ayah beliau akan tukar kerjaya apabila dipanggil untuk jadi model profesional nanti.
Kredit gambar utama: @ashrffanuar