‘Dye’ Semula Baju Lama Korang Untuk Nampak Baru, Ini Caranya
Setiap daripada kita mesti ada pakaian yang dah lusuh tapi masih elok dan boleh digunakan lagi. Sebab sayang, ada yang sanggup simpan bertahun-tahun dalam almari.
Tapi simpan je dalam almari tak pakai pun tak ada gunanya juga kan? Itu yang jadi punca ruang penuh sampai almari nampak semak.
Kalau nak tahu sebenarnya korang boleh berjimat dengan warnakan balik baju lama korang yang dah lusuh tu. Caranya mudah je, yang penting lebih jimat daripada korang beli baju baru.
Jom baca perkongsian daripada salah seorang pengguna Twitter ini – @imalinaazman.
- Rendam pakaian dengan air suhu biasa.
- Panaskan air sampai mendidih dan masukkan segenggam garam dan pewarna.
- Rendam pakaian dalam air tersebut sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bilas dengan air biasa tanpa perah dan disidai terus.
Hasilnya nanti akan jadi macam ni:
Mana nak dapatkan pewarna tu? Boleh search je dekat Shopee atau Lazada, mesti ada punyalah.
Dan sebenarnya, korang boleh guna pewarna makanan juga tau untuk warnakan baju korang. Tapi ada beberapa larangan yang perlu korang take note bila gunakan pewarna makanan ni, contohnya tak boleh gunakan pada fabric jenis sintetik dan bila nak basuh baju kena asingkan supaya bila warna turun tak kena pada baju lain.
Kredit gambar utama: The Spruce