Dari Jauh Nampak Kilat, Ini Tips Atasi Masalah Hidung Berminyak
Orang yang ada masalah kulit berminyak mesti akan alami masalah minyak yang jelas dekat hidung. Bila hidung berminyak kadang-kadang tu dari jauh dah boleh nampak kilat-kilatnya. Yang tambah jadi tak best, bila hidung dah mula berminyak akan datanglah masalah lain macam jerawat dan make-up bercapuk.
Jangan stress-stress, ada cara nak hilangkan masalah hidung berminyak ni.
1. Amalkan penjagaan wajah yang sempurna.
- Bersihkan wajah dua kali sehari. Pilih pembersih yang boleh mengawal keluaran minyak.
- Gunakan toner dan sunblock yang bahannya berdasarkan air dan bukannya minyak.
- Amalkan skrub wajah dua hari sekali untuk buang sel-sel kulit mati.
- Gunakan facial mask sekurangnya dua kali seminggu.
2. Ais batu
Ais batu dapat digunakan sebagai cara organik mengurangkan minyak di hidung. Sebabkan suhunya rendah, ais batu boleh mengecilkan liang pori dan mengurangkan masalah minyak sama ada pada muka atau pun pada hidung sahaja. Caranya mudah je, tekap perlahan ais batu ke hidung selama 30 saat dan ulang selama 10-15 min setiap hari sebelum tidur.
3. Jus lemon
Sapu jus lemon pada bahagian hidung dan bilas selepas kering. Hasil cucian dengan jus lemon ni pastinya buatkan hidung korang lebih bersih dan kurang minyak.
4. Cuka
Campur cuka dengan air dan celupkan kapas muka. Tekap bahagian hidung dengan kapas dan biarkan kering. Lepas dah kering, bolehlah bilas bersih dengan air suam.
5. Putih telur
Putih telur adalah tip paling berkesan. Sapukan pada hidung dan biarkan kering sebelum cuci. Bukan setakat minyak, liang pori dan black head pun hilang tau. Kalau rasa nak gunakan kapas pun boleh. Boleh juga campurkan sikit jus lemon untuk hilangkan bau hanyir telur.
Mudah kan? Tip-tip ni cuba korang amalkan seminggu ni dan tengok kesannya selepas seminggu. Memang puas hati.
Selamat menncuba!