5 ‘Rides’ Wajib Try Di Escape Park Penang
Haa hari ni Sis Fell nak cerita apa yang best kat Escape Park Penang. Fun gila weh jerit sana sini. Lagi best sebab sis boleh main aktiviti extreme dan aktiviti air. Syok! Dah lah tempat dia besar, pastu banyak gila aktiviti boleh buat, sampai tak sempat lah nak habiskan semua aktiviti kat sini. Nak dekat 40 rides taw kat sini. Memang tak kan sempat habiskan semua.
So, meh sis share 5 ‘rides’ yang korang wajib try kat Escape Park Penang ni. Fyi, masa adalah emas ya kat sini. So korang kena make sure korang dah tahu nak main aktiviti apa dulu. Tak ada lah korang buang masa fikir. Nanti confirm terlepas lah ride best-best. Malas fikir? Baca ni.
5 ‘rides’ Wajib Try Di Escape Park!
1. Kite Flyer
Yang ni memang best, serious talk. Nampak macam relax jer, sekali dia drop. Pergh! Dengan jantung kita pun rasa macam drop juga. Boleh lah pilih pasangan korang untuk jerit sama-sama.
2. Flying Lemur
A.k.a Flying Fox. Ada 5 zip line dan 2 halangan yang kena lalui. Ada 1 platform tuu memang best ah sebab paling tinggi kat Escape Park ni. View pun padu beb! Shaking juga lah kaki sis ni.
3. Tubby Racer
Uish yang ni laju dia macam naik roller coaster beb. Abang kat situ suruh jerit kuat-kuat, supaya lagi fun. Apa lagi, semua jerit macam tak ingat dunia. Laju tapi jangan risau tak kan terbabas.
4. The Longest
Ni lah water slide viral tu, paling panjang di dunia taw! Power gila Escape Park Penang ni. 1111 meter panjang weh. Gila best layan view. Ni paling latest taw, so nak tak nak korang wajib try!
5. Chairlift
Haa yang ni pula, wajib naik kalau nak naik Tubby Racer dan The Longest water slide tuu. Sebab dia atas bukit taw. Memang tak ada lah nak menapak. Kira macam cable car juga lah, nak naik saja-saja pun apa salahnya. Hilang stress bila tengok nature kan.
6. Wave Ball (Extra)
Lepas dah penat main tuu, boleh lah chill kat sini pula. Ni pool dia memang dalam, so memang wajib lah kena pakai life jacket yang dah disediakan. Landing belakang jer rehatkan minda tuu.
Sebenarnya banyak lagi ride yang best juga, tapi kiranya list sis bagi ni memang tak ada kat Escape Challenge Petaling Jaya taw. Baru lah best try ride lain daripada lain kan. Kalau korang nak try semua yang ada kat Escape Park Penang ni, sis sarankan korang ambil pass untuk 2 hari. Confirm semua boleh tibai main, baru puas hati.
So, Santai Mana? Santai Sini lah kat Escape Park, Penang. Make sure korang datang awal, start dari 10 pagi sampai 6 petang. Seriously, Sis akan repeat lagi demi nak puaskan hati main ride yang lain pula. Kalau korang nak tahu port mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.