Basuh Dulu Baju Baru Beli Sebelum Pakai! Ini Sebabnya
Bila beli baju baru, ramai daripada kita pilih untuk basuh dulu sebelum guna. Tapi ada juga yang ada mindset, baju baru mestilah bersih dan terus pakai tanpa dibasuh.
Hmmm, tahukah korang sebenarnya adalah lebih baik basuh dulu sebelum pakai? Nak tahu sebab apa?
Seorang ahli perniagaan, Mohd Fhais menceritakan semasa melawat kilang baju di Bangladesh pada tahun 2018, beliau melihat satu longgokan baju yang mana beratnya kalau ditimbang boleh cecah 1,000kg.
Berbulan-bulan dibiarkan atas lantai tanpa pengurusan, pastinya kain terdedah dengan serangan haiwan perosak macam lipas dan tikus. Bila beliau tanya pada pemilik kilang, jawapannya memang mengejutkan. Lipas dan tikus banyak!
Jadi macam mana dengan kain-kain yang terbiar tadi kalau terkena najis tikus dan lipas? Kata pemilik kilang, senang je. Dorang akan gunting dan buang, selebihnya digunakan untuk buat baju baru. Macam tu sahaja!
Jadi lepas daripada itu, Fhais sentiasa basuh dulu baju yang baru dibeli biarpun elok je terletak dalam plastik sebab ragu-ragu dengan kebersihan proses pembuatannya.
Korang kalau ada perangai pakai baju baru tak basuh dulu, makanya hati-hatilah terutamanya yang dari negara yang Fhais pergi tu. Silap-silap nanti dapat penyakit. Ingat, nampak bersih tak semestinya bersih tau. Bakteria kita tak boleh nampak dengan mata kasar.
Kredit gambar utama: SAYS