Kasut Nike Vaporfly Diharamkan Untuk Sukan Larian Kerana Terlampau ‘Laju’
Tahukah korang kasut Nike edisi Vaporfly telah diharamkan untuk digunakan dalam acara sukan larian selepas terlampau ramai atlet yang menggunakan menjadi lebih ‘laju’ daripada biasa hingga mampu memecahkan rekod maraton?
Menurut sumber Nike, kasut ini memang dicipta khas untuk acara larian dengan menggabungkan teknologi yang boleh menjadikan pemakainya berlari atau bergerak dengan lebih laju.
Dengan teknologi tapak kasut fiber karbon, ianya mampu memberikan lonjakan kelajuan. Manakala bahagian atas kasut yang diperbuat daripada bahan ringan menyebabkan air dan peluh tidak akan diserap biarpun dipakai di dalam hujan.
Disebabkan kebolehan luar biasa ini, Pertubuhan World Athletics telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat ke atas kasut sukan bagi acara larian yang dijalankan untuk mengekalkan integriti acara. Antara syarat yang diperkenalkan adalah daripada segi ketebalan tapak kasut pelari termasuklah tali kasut yang setengahnya memang dicipta khas untuk pelari.
Bagi World Athletics, teknologi dalam pembuatan kasut sukan sama seperti memberikan bantuan yang bertentangan dengan nilai-nilai sukan kepada atlet dan ini merupakan cabaran terbesar mereka dalam menyeimbangkan penggunaan teknologi dalam aktiviti sukan olahraga yang mana dalam masa sama tetap menjaga ciri-ciri asas acara sukan – keadilan, kesamaan dan kebolehcapaian.
Kredit gambar utama: GQ Middle East