Layan ‘Drive-In Cinema’, Gambar Pun Macam Kat Overseas
Korang tahu tak sekarang KL dah ada new attraction. Tengok wayang dalam kereta macam kat overseas. Haa curlas bukhannn! Meh sini hari ni Sis Fell nak story mory sikit pasal tengok wayang dalam kereta ni. Nama dia Nescafe M-Junction Drive-In Cinema. Betul-betul drive-in cinema yang pertama kat Malaysia. Kita selalu jer nampak kat overseas kan, haa kali ni dah ada kat Malaysia chuolls!
Ni Sis Fell pergi dengan Si Dia sweet-sweet nak layan experience baru. So sebelum masuk tu kena check-in dulu macam biasa check suhu, tiket dan kereta. Masuk-masuk jer Si Dia dah sengih-sengih macam kerang busuk. Bila dah masuk tuu, rupanya ada surprise kat screen besar depan tu. Kira macam siapa yang baca tuu, dia doakan lah. Hihihi. Apa lagi of course lah Sis menangis terharu. Rasa macam awhhh sweet betul.
Sis dah excited teruk dengan personalised message kat screen tuu. Tetiba ada abang datang bagi speaker dan dua kipas untuk kitorang. Kacau line jer HAHAHA. Tapi best lah ada speaker dalam kereta kita, boleh lah dengar dengan jelas pastu ikut suka lah nak kuat macam mana pun. Dengan ada kipas sorang satu, okay lah tak ada lah berpeluh kan sebab kena matikan enjin. Oh korang jangan pula datang pakai pakaian yang tebal, mampus nanti tak ada mood sebab panas.
Bukan Sis Fell lah kalau tak ber-OOTD kemana saja pergi. Kat sini memang view cantik gila weh. Nampak KL Tower yang gah berlampu-lampu. So sebelum dan selepas layan movie, of course Sis Fell akan bergambar dulu sana sini. Kalau nak gambar dengan partner, korang boleh panggil jer pekerja kat sana atau ketuk kereta sebelah HAHAHA Tapi kalau pekerja, dorang memang tahu angle mana yang cantik. Nah tengok lah.
So Santai Mana? Santai Sini lah kat Nescafe M-Junction Drive-In Cinema yang pertama kat Malaysia ni. Tak mahal pun taw, kira macam lebih kurang jer dengan wayang kat mall. Korang boleh usha IG @mjunction2020. Kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.