Boss Levi’s Tak Pernah Basuh Jeans Selama 10 Tahun
Berapa kerap korang basuh seluar jeans milik anda? Setiap kali pakai atau seminggu sekali atau sebulan sekali atau tiga bulan sekali?
Tahukah korang bos Levi’s sendiri mengaku beliau tak pernah basuh jeans kegemarannya selama 10 tahun menggunakan mesin basuh sebab boleh menyebabkan kerosakan pada materialnya.
Menurut Chip Bergh, beliau hanya cuci di kawasan tertentu kalau terdapat kesan kotoran. Paling-paling teruk pun beliau basuh jeans menggunakan tangan supaya bau jeans lebih fresh.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama pembersihan bukan toksik Branch Basics, Kelly Love berkata untuk basuh jeans memadai kalau hanya letakkan seluar jeans di bawah cahaya matahari dan diudarakan kalau risau jeans korang tu jadi tempat pembiakan kuman.
Seorang pelajar jurusan tekstil di kolej Kanada, Josh Lee pernah menjalankan satu eksperimen pada tahun 2011 dengan tidak membasuh jeansnya selama 15 bulan bagi mengkaji mengenai isu kuman pada jeans yang tidak dibasuh.
Walaupun dipakai setiap hari, hasilnya memang cukup mengejutkan kerana biarpun sudah dipakai selama 15 bulan, bakteria yang terkumpul adalah sama je dengan jeans yang dipakai selama 13 hari.
Sumber: LAD Bible
Kredit gambar utama: The Business Journals