Nak Gambar Cantik Tapi Ter-Dapat Pula Brownies Terlebih Sedap!
Kadang-kadang kita mesti bosan kan bila waktu minum petang jer mesti makan goreng pisang. Teringin juga acah-acah mat salleh makan kek waktu minum petang santai-santai ni. HAHAHA Biasa lah gedik sikit nak try itu try ini. Apa salahnya nak tukar selera tekak melayu ni. Yang penting bila nak pergi mana-mana jer Sis Fell memang pentingkan kat mana nak ber-OOTD.
So, hari ni Sis Fell nak share “hidden gems” kat Damansara yang ramai orang tak tahu. Sis tahu pun sebab ada orang share kat Twitter. Apa lagi bila tiba weekend jer terus Sis serbu eh. Tak nak lah nanti dah viral baru nak try, confirm ramai orang. Okay nama tempat ni, Universal Bake House! Basically, a bakery shop lah. Satu lot kedai tuu dia ada dua bahagian, bahagian depan untuk customer, bahagian belakang untuk dorang sediakan roti dan kek yang sedap. Nah, menu!
Okay, jom Sis Fell share pasal makanan & minuman kat sini. First of all, brownies dia memang the best weh. Serious sedap teruks. Dia punya brownies tuu macam cair dalam mulut. Sangat lah lembut, pastu ada choc chip cair dalam tuu. Sis Fell memang recommend korang try brownies dia, wajib. Pastu of course korang kena rasa juga Sourdough Bread dia, sedap, besar pula tuu. Puas hati makan, kenyang. Sesuai untuk breakfast dan minum petang.
Kat sini memang tenang lah kalau nak bersantai. Dia punya suasana tuu terlalu chill. Pastu kedai dia sangat lah cantik. Simple jer tapi deko dia nampak kemas. Kira macam minimalist teruk ah. Sis Fell tahu memang ramai orang dah start minat tempat-tempat minimalist. Kedai dia kecil sikit lah, so kalau ramai, korang kena tunggu kejap sampai customer lain settle.
Benda terakhir Sis Fell nak share, confirm lah “Instagrammable Spot” kat Universal Bake House ni. Kat sini lighting dia memang dah nice. Kalau nak OOTD cantik, warna pakaian korang pun main peranan. Sebelum korang terjah tuu, korang usha dulu tone warna kedai tuu dulu. K nah!
So, Santai Mana? Santai Sini lah kat Universal Bake House. Dia tutup setiap hari Isnin. Selasa sampai Ahad, onz 8.30 pagi sampai 5 petang jer okay! Seriously, Sis akan repeat lagi demi brownies dia. Kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.