Kolaborasi DC Hasilkan Koleksi Edisi Terhad ‘Carlo Rino x Wonder Woman’
Pengikut DC pastinya mengenali figura wanita adiwira ini.
Dikenali sebagai Diana, beliau yang digelar sebagai Wonder Woman mempunyai kekuatan, kepantasan dan reflex luar biasa yang juga memiliki kemampuan untuk terbang di udara.
Mula muncul di DC Comics pada tahun 1941, watak Wonder Woman sebenarnya tercipta selepas William Moulton Marston terinspirasi dengan gerakan feminis gelombang pertama dan kemudiannya menjadi ikon gerakan feminis gelombang kedua.
Tidak menafikan peranan wanita sebagai adiwira multiverse, jenama beg tangan terkenal, Carlo Rino mengumumkan koleksi baru edisi terhad mereka hasil kolaborasi bersama DC iaitu Koleksi Wonder Woman.
Didatangkan dalam bentuk beg tangan dan kasut, koleksi siap dengan logo Wonder Woman ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM169, kesemuanya ditawarkan dengan warna tema Wonder Woman iaitu merah.
Dengan rekaan yang simple tapi menawan, pastinya peminat DC terutamanya dalam kalangan wanita tidak melepaskan peluang untuk dapatkan koleksi edisi terhad ini.
Jadi, jangan lupa dapatkan segera sebelum kehabisan stok!
Kredit gambar utama: Carlo Rino