Warga Asing Jana Pendapatan Hingga Ratusan Ribu Ringgit Jual Barang Ciplak
Banyak didominasi warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh, tahukah anda mereka mampu bergelar jutawan dengan hasil penjualan barangan ciplak di Malaysia?
Dalam operasi pasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), operasi barangan ciplak ini sudah banyak kali diserbu.
Antaranya pada awal tahun ini, pihak KPDNHEP telah melakukan serbuan di sebuah pusat beli belah Jalan Gelugor, KL dan merampas 5,755 pewangi, losyen dan alat mandian tiruan yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM100,046.
Dalam operasi itu, seorang lelaki warga Bangladesh ditahan. Kononnya mengatakan ianya adalah barangan buatan Amerika Syarikat, barangan yang dijual dengan harga serendah RM15 ini kemudiannya hasil berjaya memberkas pengarah syarikat yang terdiri daripada warga tempatan dan pekerja warga asing dari Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.
Manakala serbuan pada tahun lalu pula, KPDNHEP mendapati warga asing mampu membantu peniaga tempatan menjana sehingga jutaan ringgit sejak hampir 10 tahun lalu hasil jualan pelbagai pakaian berjenama terkemuka tiruan di seluruh negara.
Turut memasarkan perniagaan menerusi aplikasi WhatsApp dan dalam talian, serbuan pihak KPDNHEP mendapati stok yang didapatkan dari Bangladesh dan China, tetapi ada juga yang dicetak di Malaysia. Hasil serbuan, sejumlah 13,056 pakaian tiruan bernilai RM355,980 disita.
Kesalahan mendedah, membekal dan menyimpan sejumlah barangan yang disyaki menggunakan perihal dagangan palsu boleh menyebabkan masing-masing didenda RM15,000 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011.