Tip Cepat Merahkan Bibir Gelap Dalam Seminggu
Bibir merah memang idaman setiap wanita. Biarpun tanpa secalit lipstick, wajah tetap nampak seri. Bibir kusam dan gelap memang boleh menyebabkan penampilan kelihatan hilang seri.
Ada beberapa tip yang kami nak kongsikan supaya bibir korang boleh nampak merah dan menawan tanpa perlu pakai lipstick tebal.
1. Madu
Sapukan madu pada bibir dan biarkan madu kering sekitar 15-20 minit. Bilas dengan air suam dan buat 3 atau 4 kali seminggu. Dalam masa seminggu boleh nampak perubahan warna pada bibir.
2. Berus gigi
Masa berus gigi tu, biasakan berus sekali dengan bibir. Sama macam skrub, memberus bibir boleh tanggalkan sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen. Kolagen ni lah yang akan nampakkan bibir lebih mugil.
3. Gula
Gula sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan skrub bibir. Caranya campurkan sedikit gula pada sedikit air suam dan sapukan pada bibir. Kalau ada Vaseline, boleh gunakan Vaseline. Kemudian sapu pada bibir. Jangan kuat-kuat tau. Buat selama 3 minit dan bilas bila kering.
4. Minyak zaitun
Kalau nak tahu minyak zaitun memang banyak kegunaannya. Selain boleh lebatkan rambut, minyak zaitun boleh membantu dalam merahkan bibir. Sama macam guna bahan lain, sapukan perlahan pada bibir selama beberapa minit dan bilaskan sehingga bersih. Minyak zaitun juga boleh merawat masalah bibir kering tau.
5. Air kosong
Nak bibir merah, kenalah banyak minum air kosong. Minum air kosong bukan sahaja elakkan bibir jadi hitam, tapi boleh juga elakkan kita untuk jilat bibir. Tabiat suka jilat bibir ni sebenarnya punca bibir jadi kering.
Kalau korang amalkan tip-tip ni, dalam masa seminggu pasti nampak perubahan pada warna bibir. Tak adalah rasa kurang keyakinan diri dah lepas ni.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Dermstore